Thursday, 9 January 2014

Kenapa Gaji Kita Tak Cukup?

Kerja Halal, Gaji Tidak...
"Gaji aku banyak tetapi tidak pernah cukup, makin banyak gaji makin tak cukup jadinya, mengapa ya? Adakah konsep "live below your mean" harus aku lakukan atau ada sebab lain disebaliknya? Tambahan pula dengan harga minyak yang naik sekarang ini adakah aku harus lebih berjimat cermat.

Pernah terdengar orang yang gajinya kecil tetapi mampu menyara keluarga yang ramai, rata rata memberi komen, kerjanya halal dan rezekinya berkat, bagaimana pula dengan diriku? Aku bukan melakukan kerja yang haram, macamana tidak berkat pula?"

Adakah persoalan ini sering melanda fikiran kita, tertanya-tanya mengapa, jawapannya memang mudah cuma diri kita tidak sedar akan hukum alam mengenai duit itu sendiri.

Sebenarnya kertas yang dipanggil duit, wang atau fulus yang tersimpan didalam dompet atau poket kita itu sebenarnya bukanlah duit, ia hanya mewakili duit. Saya yakin ramai yang tahu tetapi kelalaian kita membuatkan kita terlupa. Konsepnya sama dengan dosa dan pahala tetapi dosa dan pahala tidak dapat kita lihat kerana ianya perjanjian/perhitungan antara kita dengan Allah, tetapi duit pula dapat dilihat kerana ianya perjanjian kita sesama manusia, itupun setelah ia di"fizikal"kan oleh manusia sendiri.

Di zaman mulanya era perdagangan, manusia bertukar barangan (barter) untuk membolehkan mereka menikmati hasil kerja titik peluh orang lain dengan hasil diri mereka sendiri, Ali punya beras, Baba punya ubi, Ali dan Baba bersetuju bertukar sesama sendiri, si Ali merasa ubi si Baba, dan si Baba merasa beras si Ali, mereka memberi khidmat sesama sendiri dan dengan itu dapat merasa barangan lain hasil titik peluh manusia lain mengikut persetujuan dengan kadar mana yang dirasakan adil pada masa tersebut. Manusia ber"akad" bersetuju seakan kontrak atau perjanjian didalam semua urusan.

Bila urus niaga semakin kompleks, tidak lah lagi sesuai untuk bertukar barangan, disini tercipta lah duit, jadi duit sebenarnya adalah untuk mewakili ganjaran pada perkhidmatan yang diberikan. Jadi jika kita berkhidmat untuk orang lain baru lah ada ganjaran untuk kita, jika kita berbuat baik, pahala, berbuat jahat, dosa, berkhidmat atau berkerja, duit dari segi keuntungan perniagaan, gaji atau pendapatan. pendapatan.

Didalam dunia ini tiada yang percuma, semua ada tindakbalasnya, jika kita anggap udara yang kita sedut setiap masa ini adalah percuma, fikirkan kembali, ia tidak percuma sebenarnya, kita berkhidmat dengan tumbuh-tumbuhan, memberi karbon dioksida dan pokok memberi kita oksigen, disebabkan manusia memusnahkan pokok, lapisan ozone menjadi mangsa dan tak secara langsung kita jugak merasa bahananya. Jangan anggap kita tiada kena mengena dalam hal ini sebab bukan kita yang tebang pokok, bukan kita yang bakar hutan, kita kena ingat, perabot yang kita pakai, roti canai yang kita makan, semuanya disebabkan oleh kita yang mahukan kayu dan mahukan gandum dan ditambah dengan pembalak dan peladang yang tamakkan keuntungan, dari resepi ini, kita semua merasakan masakannya (recipe for disaster).

Jadi berbalik kembali kepada gaji kita yang kita terima setiap bulan, adakah ianya benar-benar hak kita? Katalah kita bersetuju/berakad/kontrak dengan majikan untuk bekerja selama 10 jam sehari dengan gaji $1000 sebulan (contoh untuk memudahkan pengiraan). Jika masa bekerja kita banyak gunakan untuk lepak lama dikafeteria, baca suratkhabar, berbual kosong dengan rakan-rakan, buat part time direct selling dan macam-macam lagi sedangkan ada fail-fail kerja yang bertangguh diatas meja, katakan lah secara puratanya kita berkerja/berkhidmat secara jujurnya 6 jam sahaja sehari, adakah $1000 sebulan itu duit kita? Sebenarnya gaji kita yang "halal" hanyalah $600 sahaja.

Baki $400 itu bukanlah hak kita dan bila ianya bukan hak kita (disebabkan kita menerima ganjaran yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang kita berikan) maka duit itu akan "lari" daripada kita.




Duit sebenarnya ber"nyawa", duit tahu yang kita bukan tuannya dan suasana dunia akan merubah untuk menegakkan keadilan, kerana Allah itu maha Adil. $400 yang akan lari dari kita itu bukan kerana Allah tidak sayangkan kita, tetapi kerana Allah maha adil memulangkan pada tuan punya duit tersebut.

Bagaimana caranya? Apa sahaja kejadian yang menyebabkan kita terpaksa keluarkan duit tanpa kerelaan kita, itu lah sebenarnya cara duit akan lari pada kita, sakit, anak isteri sakit, kemalangan, kena saman, dirompak, diragut, sangkut dalam traffic jam dan macam-macam lagi, semua itu adalah cara duit itu akan kembali pada tuannya. Contohnya, bila kita rosak, mekanik kereta tersenyum duit masuk, mekanik bayar cukai jadi duit itu kembali kepada tuan asalnya jika kita bekerja dengan kerajaan bagi contoh diatas.

Kita semua berkait antara satu sama lain, dari sudut quantum physic, kita semua berkait (entanglement), begitu juga jika diambil kira dari "teori big bang" dan juga kejadian Adam, kita semua berkait antara satu sama lain. Jadi jika kita ambil hak orang lain, sesuatu akan berlaku dalam hidup kita untuk memulangkan kembali hak tersebut.

Contoh yang saya berikan diatas untuk diri kita yang berkerja, bagaimana pula mereka yang mengambil rasuah, makan harta anak yatim, menipu, mencuri? Perhatikanlah hidup mereka adakah aman dan tenteram? Anak-anak kita, adakah mereka boleh menjadi soleh dan solehah jika makanan yang kita suap adalah bukan hak kita? Allah melarang kita makan harta anak yatim, rasuah, riba dan sebagainya itu adalah untuk melindungi kita sendiri sebenarnya, Allah mahu kita hidup aman dan damai tetapi sikap kita sendiri yang mengundang musibah.

Semuanya berpunca dari diri kita, jika kita sedar akan konsep ini, kita akan lebih berhati-hati dalam tindak tanduk perbuatan kita kerana kita tahu semuanya akan berbalik pada diri sendiri.

Jadi gaji $1000 sebulan, tolak duit rumah, ansuran motor, makan cukup-cukup $1000, tetapi disebabkan sakit, motor rosak, tayar pancit, duit $1000 tu tetap tak cukup. Jadi sebelum kita bentangkan budget bulanan, periksa dulu adakan gaji yang kita terima contohnya $1000 sebulan itu benar-benar $1000? Jika mahu 100%, ubah lah cara kerja, buat lah kerja dengan ikhlas dan jujur supaya gaji yang kita terima itu adalah hak kita sebenar-benarnya ganjaran atas perkhidmatan yang kita berikan. Jika tidak mahu ubah cara kerja,tetap nak "mengular", ponteng dan sebagainya, janganlah nak marah jika musibah berlaku kerana semuanya salah diri sendiri. Sebelum salahkan takdir, fikirkan dahulu adakah kita yang mengundangnya?

Jadi kenapa Islam menggalak kan sedekah dan zakat? Salah satu sebabnya menyucikan harta, pendapatan kita supaya ianya kembali pada yang hak. Agak sukar untuk betul mengira masa kerja dan gaji yang setimpal tetapi amat mudah untuk memberi sedekah, $1 atau $1000 bukan jadi ukuran, ikhlas yang lebih utama.

Berfikir itu mudah tetapi tidak ramai yang mahu melakukannya...


Tuesday, 3 December 2013

Annual Dinner Arabian Theme

Semalam pegi search2 ape yang best nak pakai or make-up untuk arabian night. tetibe jumpa gambar-gambar yang gorgeous gila ni.. beautiful eyes. tapi serious kan, Arabian ladies mostly memamg mata dorang gila punya cantik...















Wednesday, 20 November 2013

Proper Dress-up As A Muslim Women






1Wear proper hijab/khimar. This means that you must obey Allah's command to cover everything apart from your face and hands (on which opinion is divided). The clothing must be loose and not revealing the shape of your body, it must not be see through, it must not be too eye catching and it must not resemble the clothing of a man or the non-Muslims. Wearing it is a command by Allah swt, we have to obey this rule or face punishment.







2 Avoid fancy hijabs in bright colours, with patterns or tassels or sequins. Hijab should be plain and simple in design, with maximum coverage. Not a single hair can be shown and the neck must be covered.




3 Do not wear make-up in front of any non-mahram males, that includes in laws.Do not leave the house wearing make-up. During Eid, using sparkly lip gloss, eyeshadow, and lipstick is perfectly fine. However, using a little makeup is okay as long as you don't abuse your right to wear it. However, there are still debates about whether or not you're allowed to wear it. Since there's no obvious answer, follow the tips above. If you're not sure about wearing it outside, that's okay, but you can wear it in front of a mahram.


4 Consider that hijab is not just the headscarf. This is a common misconception. Skinny jeans, see-through clothes, and tight t-shirts messes up the whole modesty concept. It is preferable to wear an outer garment outside, such as an abaya or jilbab, because even loose clothing is sometimes not Islamic enough.

Thursday, 5 May 2011

Antara Sunnah Nabi ketika, sebelum & selepas tidur

1) Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

2) Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

3) Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

4) Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

5) Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka "fail" semula kalau mahu.

6) Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.

Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk
bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

SAMA-SAMALAH KITA MENGAMALKAN SUNNAH-SUNNAH NABI DAN SATU LAGI KAWAN2..SELALU2 LAH SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W..

Perkara perlu jaga SETIAP HARI!!

1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum ma...ta melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Friday, 22 April 2011

Love Hurts..

Love is like the truth, sometimes it prevails, sometimes it hurts

Thursday, 21 April 2011

Andai lelaki tahu bagaimana perasaan perempuan sepertiku..

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, 20 April 2011

:~: A k h i r n y a :~:

Akhirnya, wujudlah blog aku yang aku elak2kan slama nie... Selamat datang ke dunia blog.. hahaha